Home » » Mengapa Sukar Orgasme...?

Mengapa Sukar Orgasme...?

Friday, March 1, 2013 0 comments
Mengapa sukar orgasme merupakan satu perkara yang sering diperkatakan apabila kita membicarakan tentang sexs.Namun berapa ramai antara kita yang benar-benar dapat mengakui bahawa mereka sering dapat mencapai orgasme apabila berhubungan intim.

Bukan itu sahaja,apakah kita benar-benar- faham apakah yang dimaksudkan dengan orgasme itu sendiri.
Sebab itu,perkara pertama yang perlu anda ketahui ialah apakah yang anda harapkan dan bayangan mengenai seks.Apabila yang dicari adalah kenikmatan dan kepuasan,maka itu dapatlah diertikan sebagai orgasme.
Ejakulasi pada wanita merupakan satu fenomena yang tidak semestinya terjadi pada semua wanita.Sebenarnya maksud ejakulasi bagi wanita itu sendiri masih belum jelas.Sebab itu janganlah anda menganggap bahawa ejakulasi sebagai tanda khas orgasme bagi wanita sebagaimana lelaki.
Orgasme bagi wanita adalah kenikmatan dan kepuasan yang timbul ketika berhubungan intim,sebagai puncak atau fasa ketiga daripada tindak balas seksual dimana terjadi kontraksi otot-otot sekitar vagina dan pelvik yang kemudiannya tersebar ke seluruh tubuh.
Respon seksual seseorang biasanya mencakupi empat fasa.Pertama,fasa perangsangan,kedua adalah fasa plateaui(peningkatan rangsangan)yang diikuti dengan fasa ketiga,iaitu orgasme.Fasa keempat pula ialah resolusi di mana tubuh memerlukan masa untuk kembali pada normal.
Dalam mencapai orgasme,rangsangan fizikal yang diikuti dengan aspek psikiki atau kejiwaan adalah sangat penting.Seks tidak akan dapat memberikan kenikmatan dan kepuasan jika hanya melibatkan aspek fizikal semata-mata.

Orgasme bermakna tercapainya fasa ketiga daripada tindak balas seksual seorang wanita.Pencapaian orgasme adalah amat bergantung pada perasaan anda dan perasaan pasangan anda ketika itu.Contohnya, apabila anda tidak mahu melakukan perhubungan intim tetapi anda terpaksa berbuat demikian,tentu saja kenikmatan dan kepuasan itu sukar dicapai.
Secara amnya,orgasme dapat dicapai oleh semua wanita.Namun hakikatnya, ada yang mudah mendapatnya,ada yang agak sukar,dan tidak mustahil ada yang belum pernah merasakannya.Wanita yang sulit atau belum pernah mengalami orgasme tidak boleh dikatakn sebagai wanita yang abnormal.
Kesulitan mencapai orgasme mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti adanya konflik mental,lesbian atau pandangan-pandangan tertentu.Sesetengah orang berpendapat bahawa seks bagi wanita hanya berfungsi sebagai reproduksi atau menganggap orgasme bagi wanita bukanlah satu perkara yang penting.
Seolah-olah orgasme itu hanya milik orang lelaki.Mereka yang berfikiran seperti ini biasanya sukar mancapai orgasme.Ransangan(foreplay)juga berperanan dalam mencipta orgasme.Beberapa orang pakar dalam bidang seksual berpendapat bahawa 92 peratus wanita akan mencapai orgasme apabila rangsangan berlangsung selama 21 minit atau lebih.Perkataan lain yang menentukan terjadinya orgasme adalah berapa lama hubungan intim berlangsung.Apabila hubungan intim berjalan terlalu singkat,maka kesempatan untuk terjadinya orgasme turut berkurang.Wanita memang perlu belajar untuk memperolehi orgasme.Ada wanita yang dapat mencapai orgasme melalui rangsangan vagina,ada yang melalui klitoris atau ada juga malalui khayalan.
Sebab itu wanita perlu terlebih dahulu belajar untuk mengenali dirinya sendiri dan tindak balas-tindak balas seksualnya.Jangan tergesa-gesa kerana proses belajar memang memerlukan masa dan kesempatan yang secukupnya

Pada zaman dahulu banyak yang beranggapan bahawa orgasme pasa wanita hanya dapat dicapai melalui hubungan seksual(vigina).Mereka yang tidak mencapai orgasme melalui hubungan seksual dianggap abnormal.Namun kini setelah pelbagai kajian dilakuakn,didapati bahawa orgasme juga dapat dicapai melalui rangsangan klitoris dan juga satu titik(tidak semestinya dimiliki oleh semua wanita)yang dinamakan G-spot .Orgasme akan dapat dipertingkatkan dengan melakukan rangsangan pada titik ini.Jika suami anda berperilaku normal dalam hal-hal seks,anda patut bersyukur tentang ini.Namun perilaku normal bukan bererti telah cukup pengetahuan untuk membawa anda menikmati kepuasan seks.Selain mempelajari tindak balas seksual anda sendiri,anda juga sepatutnya mengajak suami untuk mempelajari tindak balas seks dirinya dan juga anda.Dengan itu anda berdua dapat menggunakannya untuk mencapai kepuasan bersama.
Dengan pengetahuan yang ada,anda hanay perlu bersabar sambil terus mencuba.Cubalah mengamalkan sikap yang lebih tenang tanpa memaksa diri kenikmatan dan kepuasan yang disebut sebagai orgasme.Orgasme akan datang apabila anda membawa seluruh fikiran dan aspek lairiah anda ke dalam hubungan seksual.Jika tetap tidak berjaya cuba dapatkan nasihat psikiatri kerana tidak mustahil anda menderita apa yang dinamkan sebagai anorgasmi,iaitu tidak mencapi orgasme kerana pelbagai halangan,terutama adanya fikiran serta pengalaman lalu yang mengganggu.
Dapatkan panduan disini http://bit.ly/knkxYT
Tolong Dermakan Klik Nuffnang Anda Dibawah...Terimakasih

0 comments:

Post a Comment