Home » » Tak Puas Seks Punca Keretakkan Rumahtangga

Tak Puas Seks Punca Keretakkan Rumahtangga

Thursday, July 19, 2012 0 comments
Tahukah anda bahawa kegagalan mencapai kepuasan seks (di kalangan para isteri terutamnya) merupakan punca utama yang boleh menyebabkan keretakan rumahtangga di Malaysia ini. Walaubagaimanapun, kebanyakkan pasangan suami-isteri di Malaysia ini memilih untuk merahsiakan perkara daripada umum. Mereka diam-diam je.Ketua Klinik Kesihatan Lelaki Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Prof. Madya Saiful Bahari berkata, masalah masalah ejakulasi pramatang yang dihadapi kebanyakan lelaki merupakan masalah utama namun kaum itu lebih suka berdiam diri daripada mencari jalan penyelesaian.Katanya, hasil kaji selidik yang dijalankan mendapati kaum lelaki menganggap perkara tersebut adalah sesuatu yang bersifat taboo dan perlu dipendam.


Jelasnya, kaum wanita pula lebih rela menderita daripada membincangkannya secara terbuka untuk menjaga perasaan pasangan masing-masing.
“Saya pernah berjumpa dengan pasangan yang sudah berkahwin selama empat tahun tetapi tidak pernah mendapat kepuasan seks ekoran suami yang gagal mengawal diri ketika hubungan kelamin sehingga mencapai ejakulasi terlalu awal.
“Malah ada yang gagal bertahan walaupun untuk satu minit menyebabkan isteri yang mempunyai kepuasan seks yang lebih tinggi kecewa sehingga mendorong kepada berlakunya krisis dalam hubungan antara pasangan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurut Saiful, masalah tersebut hanya boleh dikawal melalui minda masing-masing ketika menjalin hubungan namun ramai yang gagal dalam proses tersebut.
Jelasnya, ia boleh diatasi melalui hubungan kelamin yang kerap antara pasangan tetapi dengan faktor komitmen terhadap kerja masing-masing perkara tersebut seolah-olah sesuatu yang ‘mustahil’.
Berikut merupakan beberapa kajian dan fakta yang patut kita sebagai bakal menjadi suami atau isteri renung-renungkannya:
Sebuah kajian yang bertajuk Kajian Ejakulasi Pramatang, Persepsi dan Sikap (PEPE), hampir 29% rakyat Malaysia berumur 19-60 tahun mengalami masalah ejakulasi pra-matang tersebut. Menurut kajian tersebut lagi, jumlah itu akan meningkat pada masa akan datang sekiranya kaum lelaki gagal melakukan hubungan seks secara kerap dan menyihatkan (boleh tahan lebih lama atas ranjang).
Pertubuhuan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan bahawa 25-33% kaum lelaki mengalami masalah tersebut malah kebanyakkannya mencapai ejakulasi terlalu awal dan di luar kawalan.
Menurut kamus perubatan, ejakulasi pra-matang adalah tahap orgasma terlalu awal yang dicapai oleh seseorang ketika bersenggama walaupun kedua-dua pasangan mahu ia berlaku lebih lewat lagi.
Jelas beliau lagi, kaum wanita yang mempunyai pengalaman terhadap perkara ini pada pasangan mereka lebih terbuka untuk meluahkan masalah tersebut sekiranya ditemu bual secara peribadi.
“Ia sangat bertentangan dengan kaum Adam yang suka menafikannya walaupun temu bual diadakan secara empat mata.
“Ini adalah perkara biasa bagi kaum tersebut dan jika tidak dikawal ia akan memberi kesan psikologi yang mendalam terhadap mereka dan akan membawa keburukan,” tambah beliau.
Buat bakal-bakal yang bergelar suami tu, dah bersediakan anda untuk memastikan masalah ejakulasi pra-matang ini daripada terjadi ketika malam pertama pengantin anda. Usah risau, anda boleh dapatkan satu panduan lengkap yang boleh memberi anda persediaan yang cukup bagi menghadapi malam pertama anda. Klik sini untuk maklumat lanjut.
sumber
Tolong Dermakan Klik Nuffnang Anda Dibawah...Terimakasih

0 comments:

Post a Comment