Home » » Lebih dari 1.7 Juta Lelaki Malaysia Mengalami Masaalah SEKS

Lebih dari 1.7 Juta Lelaki Malaysia Mengalami Masaalah SEKS

Friday, June 3, 2011 0 comments
SEMAKIN ramai lelaki di Malaysia sedang menderita dalam senyap. Bukan kerana kesakitan yang mudah dikesan melalui pandangan orang lain, tetapi masalah yang terlalu personal hingga menjejaskan semangat dan keyakinan diri empunya badan.
Apa yang dimaksudkan adalah masalah yang berkaitan keupayaan biologi anggota sulit mereka iaitu disfungsi erektil (ED).

Lebih menyedihkan, lelaki yang menghidap masalah ini seolah-olah tidak menghargai diri mereka dengan mengelak daripada mendapatkan bantuan kaunseling dan rawatan perubatan yang sewajarnya.
Dalam kajian tahun 1997 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Frank Small & Associate, terdapat 1.7 juta lelaki dalam lingkungan usia melebihi 40 tahun menderita masalah berkaitan ED di negara ini.
Lanjutan kajian yang turut melibatkan pakar dari New England Research Institute di Boston, Amerika Syarikat itu pula mendapati bahawa jumlah itu meningkat kepada 2.3 juta orang pada tahun 2003.
Pakar urologi yang sinonim dengan masalah sakit tuan, Dr. Mohd. Ismail Thamby menyatakan, berbanding wanita, lelaki sering berada dalam ’sindrom’ penafian mengenai keadaan mereka. Soal ED umpama satu tabu.

“Ini terjadi kerana ego. Bayangkan berapa ramai di kalangan lelaki hari ini yang berperang dengan masalah ini tetapi malu atau takut untuk menyuarakannya.

“Sikap tidak peduli seperti ini mendatangkan risiko memandangkan masalah seksual lelaki seperti ED perlu ditangani segera, sama seperti kita peka pada penyakit kronik lain,” ujar Ismail yang berkhidmat di klinik beliau di Hospital Pakar Damai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Andropaus juga istilah yang belum diterima secara terbuka oleh lelaki masa kini.
Walaupun hakikatnya ia mengakibatkan hormon testosteron mula berkurangan bermula usia 40 tahun dan terus menyusut dalam kadar satu hingga dua peratus setiap tahun, andropaus bukanlah satu ancaman terhadap upaya fizikal, stamina dan kesihatan.

Sebagai langkah awal mengendalikan simptom keletihan dan gangguan mood dalam lingkungan usia tersebut, lelaki perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan sentiasa mengambil diet yang sihat selain rajin bersenam.
Kawalan terhadap stres dan depresi juga membantu seseorang mencapai keseimbangan hidup.
Kegagalan upaya ketegangan zakar untuk kekal lama dan fungsi penetrasi disebabkan oleh aliran darah yang tidak sempurna di bahagian alat kelamin itu. Ia juga disebabkan oleh otot pelvik yang lemah.
Pelbagai jenis rawatan hasil kejayaan bidang sains dan teknologi boleh dicuba antaranya seperti pam vakum, sistem gel salur kencing, implan silikon dan penyelesaian farmakologi.
“Usaha awal adalah dengan mendapatkan maklumat yang betul dan seterusnya berikhtiar untuk berubat.
“Perbincangan secara privasi boleh mendorong penderita ED untuk meluahkan isi hati,” pesan Ismail dalam banyak siri ceramah beliau.

Mereka yang mengalami tanda-tanda ED dan yang berkaitan dengan keupayaan seksual dinasihatkan agar berfikir sehabis-habisnya sebelum percaya kepada kaedah perubatan tradisional seperti mengurut dan amalan pemakanan yang pelik.

Cara mengurut juga satu pilihan popular namun belum tentu berkesan. Urutan batin biasanya melibatkan tekanan ke atas saraf pada alat sulit dan pangkal zakar.
Jika ia terus dilakukan dengan kasar atau dikendalikan oleh tukang urut yang tidak berpengalaman dalam soal saraf, masalah lain boleh berlaku seperti radang pada pangkal zakar dan buah zakar.
Sumber: http://seks-hebat.blogspot.com
Tolong Dermakan Klik Nuffnang Anda Dibawah...Terimakasih

0 comments:

Post a Comment